Hotline Marketing (605) 466 8058 (Nurul Asyikin) | 012-557 9563 (Nur Syaima)

  • Menara International College (MICLG) | Facebook | Twitter | Instagram

KATA ALUAN PENGURUS MENARA INTERNATIONAL COLLEGE

KATA ALUAN PENGURUS Menara International College


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima Kasih kerana sudi melihat website Menara International College (MICLG). Kami di MICLG berusaha untuk memupuk minda muda dan menghasilkan yang terbaik dalam diri anak muda untuk terus berjaya di masa hadapan dalam bidang pengurusan dan kemahiran. MICLG ditubuhkan untuk memenuhi permintaan tinggi untuk pendidikan tinggi di Malaysia yang memberikan pendidikan yang berkualiti tinggi, yang membawa kepada kelayakan akreditasi yang diakui dan diterima oleh pihak dalam dan luar.

Tujuan utama kami bukan hanya untuk mendidik pelajar kami tetapi untuk mengembangkan mereka untuk menjadi tenaga kerja mahir dan berbakat di masa hadapan di dalam bidang yang mereka ceburi. Pihak kami menawarkan kursus yang dapat dipasarkan mengikut perkembangan semasa.

Seiring dengan objektif pihak Kementerian Sumber Manusia, MIC yakin bahawa perlaksanaan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi pembangunan Revolusi Perindustrian 4.0.

Revolusi ini telah berkembang di negara maju seperti Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat dan kini ia tersebar pula ke seluruh dunia termasuk China, Korea dan beberapa negara di Asia. Perlaksanaan tersebut bakal mewujudkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang berbeza dan negara perlu terus meningkatkan modal insan untuk memenuhi keperluan kemahiran masa depan.

MICLG dijangka bakal menangani pelbagai permintaan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mana individu terutama golongan belia boleh mengembangkan kemahiran mereka serta memenuhi keperluan pekerjaan selain menggalakan pertumbuhan ekonomi yang saksama, inklusif dan mampan. Kami bukan hanya menyediakan tenaga kerja untuk pasaran pekerjaan masa depan tetapi mahu melahirkan modal insan untuk membina negara melalui sistem yang relevan.


Objektif dan Visi? Pendidikan tanpa sempadan

Ke arah melahirkan pelajar-pelajar dan belia-belia yang berkemahiran dan terlatih melalui kerjasama Swasta dan Kerajaan. Adalah menjadi harapan pihak pengurusan kolej ini, agar kedua-dua belah pihak mencapai kejayaan dipuncak “MENARA"...